Sunday, April 20, 2008

TPOR dan pentabiran/pengurusan

Resit permohonan di cop dengan tarikh siap, tiba tarikhnya, belum siap lagi.

Apakah masalah nya.

Soal "penghindaran lebih baik dari pengobatan" atau "prevention is better than cure" tidak diamalkan. Menunggu "customer" complain baru tahu ada kelemahan. Inda pakai "performance monitoring/management" supaya nampakprestasi semakin meningkat atau semakin buruk aka pegawai semakin produktif atau semakin kurang produktif karena banyak curi tulang.

Banyak kalangan rakyat bertanya, "inda pandai keraja kah diorang atu?, Indada mesyuarat mingguan kah? Inda pandai mengurus kah?"

Dalam mesyuarat kan di bentangkan laporan dan statistik, berapa banya permohonan, berapa banyak yang patut siap sekian tarikhnya , berapa banyak permohonan yang tertunda tarikh penyiapan dan apakah sebabnya dan sebagainya. Apa kah susah bagi mereka menguruskan??

Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Mungkin masalah nya adalah, mutu mesyuarat yang diadakan, yang menghasilkan hasil yang buruk atau mungkin perlu belajar "Effective Meeting sessions" atau "Sidang mesyuarat yang berkesan" kerana tidak ada gunanya bermesyuarat kalau kualiti pemimpin dan sidang mesyuarat itu tidak menjana hasil yang baik tinggal melepaskan batuk di tangga.

Mungkin perlu lebih banyak belajar keberkesanan laporan kerja yang di bentangkan dalam mesyuarat.

Apa lah kita mau mengajar orang yang di beri kepercayaan untuk mentadbir dan mengurus?

Silakan lah cepat perbaiki mutu kerja dan buktikan dengan peningkatan hasil ekonomi negara.

No comments: