Sunday, April 20, 2008

Tekad Pemedulian Orang Ramai

Komputer canggih, pantas, printer cepat antah berapa page seminit kah masa ani ada..

Masalah nya TPOR jabatan jabatan kerajaan, menyusah kan rakyat. Rakyat turun naik, diorang pikir inda keluar belanja, naik bas, atau belanja minyak kerita dan tidak merugikan bagi yang berniaga.Terlalu lambat dan "double-standards".

Tingkat kan tah kesedaran pegawai pegawai kerajaan kitani tentang akibat hasil dan mutu kerja yang buruk mendatang kan kerugian pada rakyat dan negara.

Pemimpin pemimpin di harap belajar lah mengurus dengan lebih berkesan lagi. Kalau inda sanggup memikul tanggungjawab, lebih baik berhenti kerja saja. Banyak lagi cerdik pandai kitani dapat mengganti dengan kerja yang bermutu tinggi, innovative, creative dan berkesan kepada peningkatan ekonomi negara.

Kalau ketua jabatan tidak pandai mengurus dan "check and balance" hasil kerja pegawai mereka, dan tidak sanggup jadi ketua jabatan atau pengarah atau seterusnya, silakan berhenti saja.

Perkara TPOR yang mudah di urus dengan komputer canggih, mahal, lawa, dsb, degan mudah di mesyuaratkan dan di tanyakan kepada ketua pegawai, apa ada masalah, atau kalau ada kenapa terjdi, dan di jelaskan kepada "customer". Tanpa "customer" buat apa ada perkhidmatan jabatan kerajaan dan buat apa di bayar gaji kakitangan kerajaan?
Itu lah yang pegawai kerajaan tidak paham. Diorang pikir, keluar minum sarapn pagi sambat petang, ok, biarkan "customer" menunggu dan beri alasan bodoh saja kepada mereka.

Ada lagi aduan rakyat tentang perkhidmatan yang lebih laju atau cepat dari orang orang yang memberi rasuah. Ini sedang di ambil informasi dan ada setengah setengah "customer" yang gera hati sudah pun mengambil informasi bergambar untuk di hantar ke Biro Pencegah Rasuah.

Aduhai, perkhidmatan kerajaan, silalah bangun dan buka mata.

Sadarlah perkhidmatan kerajaan pada masa ini tidak perlu di pilih oleh rakyat. Jangan lah menunggu saat rakyat mahu memilih siapa yang layak menjalankan perkhidmatan perkhidmatan mereka.

Rasuah, monopoli, manipulasi, cronyism, nepotism berleluasa di dunia sejagat. Jangan lah kita menjadi jaguhnya.

Timbalan Menteri MIPR ada beriklan memberi email address supaya dapat di hubungi, pengarah perkhidmatan awam, berdiam diri, sahaja, dimanakah arah tuju kita?

Dunia sejagat penuh dengan pemimpin yang rakus, pemalas dan mementingkan diri sendiri, memikirkan bisnis peribadi serta sibuk mengurus harta peribadi didalam waktu kerja dan jangan lah kita jadi jaguhnya.

No comments: