Monday, April 28, 2008

Tiada aliran letrik sampai pagi

Apa yang Jabatan Letrik sembunyikan ialah fakta bahawa kawasan katok, rimba putus bekalan letrik dari 3.45pm sampai keesokan paginya.

Laporan Jabatan Letrik adalah tidak lengkap dan tidak sepadan dengan "bunyi" menterinya yang "kedengaran" pintar.

Saturday, April 26, 2008

Blackout yang merugikan petunjuk prestasi Jab Letrik

Sila buat laporan lengkap kepada Perdana Menteri dan di laporkan kepada pengguna melalui media citak dan elektronik terutama web Jabatan Letrik.

Bagaimana kalau pinsiden sub station meletup ini di sebabkan perbuatan rasuah pegawai letrik yang bekerjasama dengan supplier sparepart barang letrik?

Berapa jam sebulan TPOR Jab. Letrik menjanjikan?
Tiap hari khidmat buruk, sukati tutup karan?
Adakah insiden power outage, brownout, blackout, di rekod dan di paparkan statistik untuk penelitian dan analisa dan sebagainya supaya perkhidmatan semakin meningkat baik dan bukan semakin buruk menakutkan pelabur pelabur?

Sunday, April 20, 2008

TPOR dan pentabiran/pengurusan

Resit permohonan di cop dengan tarikh siap, tiba tarikhnya, belum siap lagi.

Apakah masalah nya.

Soal "penghindaran lebih baik dari pengobatan" atau "prevention is better than cure" tidak diamalkan. Menunggu "customer" complain baru tahu ada kelemahan. Inda pakai "performance monitoring/management" supaya nampakprestasi semakin meningkat atau semakin buruk aka pegawai semakin produktif atau semakin kurang produktif karena banyak curi tulang.

Banyak kalangan rakyat bertanya, "inda pandai keraja kah diorang atu?, Indada mesyuarat mingguan kah? Inda pandai mengurus kah?"

Dalam mesyuarat kan di bentangkan laporan dan statistik, berapa banya permohonan, berapa banyak yang patut siap sekian tarikhnya , berapa banyak permohonan yang tertunda tarikh penyiapan dan apakah sebabnya dan sebagainya. Apa kah susah bagi mereka menguruskan??

Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Mungkin masalah nya adalah, mutu mesyuarat yang diadakan, yang menghasilkan hasil yang buruk atau mungkin perlu belajar "Effective Meeting sessions" atau "Sidang mesyuarat yang berkesan" kerana tidak ada gunanya bermesyuarat kalau kualiti pemimpin dan sidang mesyuarat itu tidak menjana hasil yang baik tinggal melepaskan batuk di tangga.

Mungkin perlu lebih banyak belajar keberkesanan laporan kerja yang di bentangkan dalam mesyuarat.

Apa lah kita mau mengajar orang yang di beri kepercayaan untuk mentadbir dan mengurus?

Silakan lah cepat perbaiki mutu kerja dan buktikan dengan peningkatan hasil ekonomi negara.

Tekad Pemedulian Orang Ramai

Komputer canggih, pantas, printer cepat antah berapa page seminit kah masa ani ada..

Masalah nya TPOR jabatan jabatan kerajaan, menyusah kan rakyat. Rakyat turun naik, diorang pikir inda keluar belanja, naik bas, atau belanja minyak kerita dan tidak merugikan bagi yang berniaga.Terlalu lambat dan "double-standards".

Tingkat kan tah kesedaran pegawai pegawai kerajaan kitani tentang akibat hasil dan mutu kerja yang buruk mendatang kan kerugian pada rakyat dan negara.

Pemimpin pemimpin di harap belajar lah mengurus dengan lebih berkesan lagi. Kalau inda sanggup memikul tanggungjawab, lebih baik berhenti kerja saja. Banyak lagi cerdik pandai kitani dapat mengganti dengan kerja yang bermutu tinggi, innovative, creative dan berkesan kepada peningkatan ekonomi negara.

Kalau ketua jabatan tidak pandai mengurus dan "check and balance" hasil kerja pegawai mereka, dan tidak sanggup jadi ketua jabatan atau pengarah atau seterusnya, silakan berhenti saja.

Perkara TPOR yang mudah di urus dengan komputer canggih, mahal, lawa, dsb, degan mudah di mesyuaratkan dan di tanyakan kepada ketua pegawai, apa ada masalah, atau kalau ada kenapa terjdi, dan di jelaskan kepada "customer". Tanpa "customer" buat apa ada perkhidmatan jabatan kerajaan dan buat apa di bayar gaji kakitangan kerajaan?
Itu lah yang pegawai kerajaan tidak paham. Diorang pikir, keluar minum sarapn pagi sambat petang, ok, biarkan "customer" menunggu dan beri alasan bodoh saja kepada mereka.

Ada lagi aduan rakyat tentang perkhidmatan yang lebih laju atau cepat dari orang orang yang memberi rasuah. Ini sedang di ambil informasi dan ada setengah setengah "customer" yang gera hati sudah pun mengambil informasi bergambar untuk di hantar ke Biro Pencegah Rasuah.

Aduhai, perkhidmatan kerajaan, silalah bangun dan buka mata.

Sadarlah perkhidmatan kerajaan pada masa ini tidak perlu di pilih oleh rakyat. Jangan lah menunggu saat rakyat mahu memilih siapa yang layak menjalankan perkhidmatan perkhidmatan mereka.

Rasuah, monopoli, manipulasi, cronyism, nepotism berleluasa di dunia sejagat. Jangan lah kita menjadi jaguhnya.

Timbalan Menteri MIPR ada beriklan memberi email address supaya dapat di hubungi, pengarah perkhidmatan awam, berdiam diri, sahaja, dimanakah arah tuju kita?

Dunia sejagat penuh dengan pemimpin yang rakus, pemalas dan mementingkan diri sendiri, memikirkan bisnis peribadi serta sibuk mengurus harta peribadi didalam waktu kerja dan jangan lah kita jadi jaguhnya.